Menu Tab

Home About Me Tutorial Freebies

Tutorial : Cara tukar background blog

Assalammualaikum dan selamat petang.

Sebab sekarang agak free sebab semua tugasan dan hantar, tinggal nak final exam untuk semester 6 je lagi. So here we go, entri pertama untuk tahun ini : tutorial cara tukar background. Tutorial ni sesuai untuk level newbie yang baru menceburkan diri dalam ber-blogging ni dan yang gigih edit sendiri blog tu. Paling asas la tukar latar belakang ni. (P/s : ilham nak post entri datang lepas dua hari dah tolong edit blog kawan).

Pertama sekali kena sign in semua dan pergi dekat layout. Pilih Add HTML/ Java Script. Saya nasihatkan tak perlu letak tajukla sebab benda ni bukan untuk display, kita cuma nak masukkan html sahaja. Lepas tu, salin kod di bawah ni dan tampal di ruangan html tadi.

<style type="text/css">
body {
background-image: url ("LINK GAMBAR BACKGROUND");
background-position: center;
background-repeat: repeat;
background-attachment: fixed; }
</style>

Link yang saya highlightkan kelabu tu korang boleh gantikan dengan gambar/corak background yang korang nak. Saya cadangkan korang cari freebies di blog lain (saya takde sediakan freebies setakat ni heheh). Jangan lupa minta izin!

Lepas tu save dan nikmatilah pemandangan blog korang yang indah dengan background yang comel. Semoga berjaya & see you when i see you!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan